Assalamualaikum (^_^).. hai apa khbar.. hari ini saya kan memuatnaik gambar berkenaan dengan proes pembuatan keropok amplang.
1.bahan yang digunakan untuk membuat keropok amplang ialah tepung kanji dan isi ikan tenggiri. Bahagian isi ikan yang diasingkan akan diadun menggunakan tepung kanji dan bahan-bahan lain sehingga membentuk doh. Proses memakan masa 4 jam.
2.apabila doh sudah siap, ianya akan diuli berbentuk panjang dan dibentuk membentuk segi empat tepat.
3.selepas siap memotong, kepingan amplang tersebut akan dimasukkan ke
dalam mesin untuk digoreng. Kepingan amplang tersebut hendaklah dikacau
untuk mengelakkan daripada hangit dan digoreng menggunakan minyak yang
banyak selama 15 minit.
4. apabila sudah masak. Kepingan amplang tersebut akan mula mengembang.
5. selepas digoreng, keropok amplang akan dijemur dan disejukkan untuk menjadikan lebih ranggup sebelum dibungkus.
6. Keropok Amplang sedia untuk dijual kepada pembekal-pembekal di seluruh Sabah
Sumber
Amer Azlan